Wahai perempuanku,
Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan PErempuanku, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!
Perempuanku,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Perempuanku janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.
Wahai Perempuanku,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Perempuanku,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.
Tetapi Perempuanku,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu..
Ahad, 11 Ogos 2013
Sabtu, 10 Ogos 2013
jagalah aurat wahai muslimah ..
Muslimah, bentuk belakang badan kalian pun boleh menggoda lelaki
Muslimah, jangan tangkap gambar belakang badan lalu 'publish' kepada khalayak. Ada sebahagian muslimah berpendapat, tidak mengapa letak gambar belakang badan asalkan bukan wajah dan bahagian hadapan badan.
Aljawab, tubuh wanita itu adalah aurat, baik di hadapan mahupun di belakang. Bahkan bagi sebahagian orang, belakang wanita itu lebih menggoda kerana itu sunnah melarang orang lelaki berjalan dibelakang wanita dan melarang wanita berjalan dihadapan kaum lelaki serta ditengah-tengah jalan.
Ada hadith menyebut Rasulullah Salallahualaihi wassalam mengarahkan kaum wanita yang dijalanan dengan bersabda : نَأ ْ ﻦْﻘُﻘْﺤَﺗ َ ﻖﻳِﺮﱠﻄﻟا َ ﻦُﻜْﻴَﻠَﻋ َّ تﺎَﻓﺎَﺤِﺑ ِ ِﻖﻳِﺮﱠﻄﻟا َّ
"Mundurlah kalian, kalian tidak berhak berjalan di tengah jalan, berjalanlah di pinggirnya.” [Riwayat Abu Daud]
Pemikiran lelaki dan wanita tidak sama, lelaki memandang wanita sebagai pemuas nafsu dan pemberi nikmat sedang wanita memandang lelaki sebagai pelindung dan pemimpin.
Justeru wajah wanita, bahagian dada, bahagian pusat ke bawah, bahagian belakang badannya semua berpotensi mengundang godaan kepada lelaki dan imaginasi seksual yang merangsang sehingga jika lelaki gagal mengawal diri mereka maka yang menjadi mangsa adalah wanita juga.
Baginda rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ; ﺎَﻣ ﺖْﻛَﺮَﺗ ُ يِﺪْﻌَﺑ ﺔَﻨْﺘِﻓ ً ﺮَﺿَأ ُّ ﻰَﻠَﻋ لﺎَﺟﱢﺮﻟا ِ ﻦِﻣ َ ِءﺎَﺴﱢﻨﻟا “Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.” [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
sumber : fb

cinta pada Allah melebihi segalanya
Letakkanlah cinta Allah kukuh dihati. Genggamlah cinta manusia hanya ditangan, kerana kelak andai terlepas, sakitnya tidak terasa dihati.... ♥♥♥
Oh Ibu ! ! !
Doa Ibu =► ialah keikhlasan terbaik di semesta.
Doa Ibu =► ialah jambatan kebahagiaan bagi anak-anaknya.
Doa Ibu =► ialah wujud cinta dari air mata di hadapan ALLAH.
Doa Ibu =► ialah ketulusan yang selalu memaafkan kesalahan.
Doa Ibu =► ialah cinta yang tak pernah padam
Jangan menangis ibu.kami semua sayang pada mu

siapakahh ?????
Ada kalanya tanpa kita sedar..
ada insan yang memerhatikan kita.
Adakalanya tanpa kita sedar..
ada insan setia menunggu status terbaru kita.
Adakalanya tanpa kita sedar..
ada insan lain setiap hari berlari-lari di wall kita.
Adakalanya tanpa kita sedar..
ada insan yang selalu membaca status kita meski pun tak like dan komen, membaca itu sudah memadai buatnya..
Ya, akan ada insan yg selalu perhatikan kita, insan yg kita tak kenal.. tapi dimatanya kita istimewa gituuu ~

erti sebuah persahabatan
1.Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar... Dah dapat sepak…
2. Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak…
3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang…
4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…
5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…
6. Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul…
7. Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru…
8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde…
9. Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari…
10. Lagi…Kawan tu macam ape ye??? Hmmmm…Haa…Kawan tu macam AWAK LA… Bila saya tulis artikel, awak akan baca dengan teliti sampai habis…
Persahabatan…
Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran. Mencari sahabat sejati bukanlah mudah. Ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih. Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drpd kamu mengasihi diri sendiri”. Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama-sama merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.
Secara ringkasnya :
1) Hak dalam harta
Dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan dua org saudara adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya.." (H.R Dailami). Hadith ini menyebutkan bahawa dalam persahabatan itu perlu ada saling bantu membantu dalam menunaikan tujuan yang satu. Tujuan yang utama itu ialah bahawa kita sebagai sahabat perlu memberikan sahamnya secara bersama-sama baik dalam keadaan suka dan duka, gembira dan sengsara.
2) Hak dalam memberi pertolongan dengan tenaga dan lain-lain
Salah satunya adalah hak untuk memenuhi keperluan sahabat. Apabila seorang kawan berhajatkan bantuan dan kita pula mampu untuk menolongnya, bantulah dia dengan disertai wajah yang manis, ramah tamah, ikhlas dan air muka yang gembira untuk menunjukkan bahawa kita suka apabila sahabat kita itu meminta bantuan drpd kita.
Seorang ulama pernah berkata: Perhatikanlah saudara-saudaramu itu dalam 3 persoalan iaitu jikalau ada yg sakit, tinjaulah dan jikalau ada yang dalam kesibukan, berikanlah pertolongan dan jika ada yang dalam kealphaan, maka peringatkanlah ia. Dalam hal ini Allah SWT ada berfirman :
“Orang-orang mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara sesama mereka itu.” Ini menunjukkan kepada kita supaya kita saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi dengan sahabat-sahabat kita.
3) Hak dalam lidah dan hati
Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan berkata-kata. Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang baik seharusnya kita tidak boleh bercakap-cakap tentang keaiban sahabat. Bahkan perintah menutup aib org lain juga perlu dipraktikkan kepada seluruh umat manusia. Tidak menyebarkan keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di depan ataupun tidak. Dan jika sahabat itu bercerita kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita menceritakan kepada sahabat-sahabat yang lain pula.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” (Riwayat Ibnu Majah)
Dalam riwayat lain ada menyebutkan :
Sabda Rasulullah: “Dua orang yang duduk bercakap-cakap itu harus disertai dengan amanat. Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi olehnya” (H.R Hakim)

Sebaliknya pula jika ada perkara baik atau pujian sampaikanlah berita-berita gembira pada sahabat itu. Rasulullah pernah bersabda : ”Mohonlah perlindungan Allah drpd tetangga yang jahat, apabila melihat kebaikan orang lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya." (H.R Bukhari.)
Dengan berkata-kata pula, ialah saling nasihat menasihati,mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat-sahabat dengan cara berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w : “Apabila seseorang dari kamu semua mencintai saudaranya,hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya” (H.R Abu Dawud, Tirmidzi dan Hakim.) maknanya di sini ialah kita bagitahulah kepada sahabat kita yang kita menyukainya agar selepas itu sahabat akan lebih sayang kepada kita.
Selain itu, salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya.
Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara-saudaramu iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya, hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya.”

4) hak dalam memberi kemaafan
Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia. Baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak. Jika kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah dan lemah lembut. Seorang ulama pernah berkata : “Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan-kesalahan sahabat-sahabatmu.”
5 )Hak dalam mendoakan
Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya. Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara-saudara sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat : Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu.” (H.R Muslim)
Begitulah secara ringkasnya.. (banyak lagi sebenarnya)
Sahabat-sahabat yang di dalam rahmat Allah,
Begitu besarnya pengetian sahabat menurut islam. Semua umat islam adalah bersaudara. Sudah sewajarnya kita saling sayang menyayangi, hormat menghormati dan bantu membantu dan dalam erti kata lain, memenuhi hak-hak sebagai seorang sahabat. Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan. Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup kita. Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya.
Sebelum berundur. Hayatilah maksud hadith ini.
“Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua”
Sekian dulu. Sebarang kesilapan harap diperbetulkan bersama. Insya Allah.
Wallahua’lam..
Ahad, 4 Ogos 2013
Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.
Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
sumber : https://www.facebook.com/rumahtanggakeluargamuslim
Langgan:
Ulasan (Atom)