Jumaat, 26 Julai 2013

akanku pertahankan cintaku kepadamu ya Allah ...

Aku cinta ALLAH lebih dari segala-gala.
Namun, mampu ke aku pertahankan cinta ini?

Hasbi Rabbi Jalallah. Ma Fi Qalbi Ghairullah.
Cukuplah ALLAH bagiku. Tiada dihatiku selain ALLAH!

bersabarlah ketika diuji

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang taat membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan kecewa bila diuji, tidak berjaya / gagal walau sudah menyusun rencana yang matang. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH.

ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap suatu perkara, itu hanyalah untuk perkara itu saja, masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna.

Rasulullah SAW bersabda: ”Jika engkau melihat Allah sedang memberikan kepada seseorang , sesuatu dari dunia yang ia sukai, sedangkan ia masih saja tenggelam dalam kemaksiatannya, maka ketahuilah itulah yang dinamakan Istidraj

(Kemudian Rasulullah SAW membacakan firman Allah SWT: Al Qur’an surah Al An’aam (6) ayat 44.) (HR. Ahmad dan Thabrani, dalam kitab As Syu’ab)


  sumber : facebook

Khamis, 25 Julai 2013


♥BismillaahiRRahmaaniRRaahiim♥ 

" TUJUH RAHASIA ISTIGHFAR " 

❥ Istighfar adalah memohon ampun kepada ALLAH Subhanahu Wata'ala dengan kalimat:

Astaghfirullaahal'adzhiim atau dengan kalimat lain yang semakna..

Permohonan Ampun ini dilakukandengan hati yang tulus dan dibarengi dengan penyesalan atas kesalahan yang telah diperbuat serta bertekad untuk tidak mengulanginya..

Inilah 7 Rahasia Istighfar :

❥ 1 : MENDATANGKAN AMPUNAN ALLAH..

Maka aku berkata (kepada mereka) Mohon-lah ampun kepada RABB-mu sesungguhnya DIA adalah Maha Pengampun..

(QS. Nuh :10)..

❥ 2 : MENGATASI KESULITAN DAN TERBUKA NYA PINTU RIZKY..

Barangsiapa beristighfar secara rutin, pasti ALLAH memberinya jalan keluar dalam kesempitan dan memberi rizki yang tiada terhingga padanya..

(HR. Abu Daud)..

❥ 3 : MENAMBAH KEKUATAN..

Dan (Hud berkata): Hai kaum-ku,
mohon-lah Ampunan kepada RABB-mu lalu bertaubat-lah
kepada-NYA, Niscaya DIA akan menurunkan hujan yang sangat
deras dan DIA akan menambahkan kekuatan diatas kekuatan mu..

(QS. Hud :52)

❥ 4 : MEMPEROLEH BANYAK KENIKMATAN..

Dan hendak-lah kamu memohon Ampun kepada RABB-mu dan bertaubat kepada-NYA, Niscaya DIA akan memberi kenikmatan yang baik kepada-mu sampai kepada waktu yang telah di tentukan..

(QS. Hud :3)..

❥ 5 : TURUN NYA RAHMAT..

Hendak-lah kamu memohon ampun kepada ALLAH, agar kamu mendapat rahmat..

(QS. An-Naml :46)..

❥ 6 : SEBAGAI KAFARATUL MAJLIS..

Barangsiapa yang duduk dalam satu Majlis (perkumpulan orang)
lalu di dalamnya banyak perkataan sia-sianya atau (perdebatan) kemudian sebelum ia bangkit dari Majlis membaca (Istighfar):

Subhaanakallahumma wa bihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta Astaghfiruka wa atuubu ilaih..

(Maha suci ENGKAU YAA ALLAH,dan aku memuji-MU dan aku bersaksi bahwa tiada ALLAH melainkan ENGKAU, aku memohon ampun dan bertaubat kepada-MU)..

Maka ia akan diampuni kesalahan-kesal ahan yang diperbuatnya selama di Majlis itu..

(HR. Ath-Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu
Hibban, Abu Daud dan Al-Hakim)

❥ 7 : TERHINDAR DARI ADZAB ALLAH..

Dan tidak-lah (pula) ALLAH akan mengadzab mereka, sedang
mereka masih memohon ampun(Istighfar)..

(QS. Al-Anfal :33)..

✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸

❥ Itulah Tujuh Rahasia Istighfar,Semoga Bermanfaat Untuk kita Bersama,Aamiin..

sumber : dari facebook 

Setiap masalah ada penyelesaiannya :D

1 Stress Menurut Pandangan Islam
Punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu dan akal.Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah)
2. STRESS ITU UJIAN ALLAH S.W.T
Berdoa boleh mententeramkan jiwa:
Surah Al-Baqarah(2):155
Firman Allah yang bermaksud: “Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis:
“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )
2.1 PERUBAHAN FIZIKAL
* Sakit
* Terlalu kurus / gemuk
* Hilang keceriaan diri
* Lesu / letih
* Terlalu / tidak langsung berhias
* Agresif
* Suka mengelamun
* Sering lupa
* Mengasingkan diri
2.2 PERUBAHAN SIKAP
 Mudah marah
 Mudah bosan
 Tidak mampu menguruskan diri / kerja
 Suka Mengalihkan kemarahan
 Sentiasa berpandangan negatif
 Hilang pertimbangan / separa sedar
2.3 PERUBAHAN EMOSI
 Terlalu cemburu
 Penyedih dan sensitif
 Terlalu gembira / riang
 Ego dan mementingkan diri
 Kemurungan
 Kerisauan / kebimbangan
3. KESAN TEKANAN 
3.1 POSITIF
 Sumber motivasi diri
 Perubahan positif
 Kecemerlangan diri
 Kuat berusaha
 Persaingan diri
 Optimis
 Keyakinan diri
3.2 NEGATIF
 Prestasi menurun
 Resah gelisah
 Hilang kesabaran diri
 Rasa bersalah
 Rendah diri
 Pesimis dan sensitif
 Hilang pertimbangan diri
4. TEKNIK MENGURUS TEKANAN
 Muhasabah diri / koreksi diri
 Mengenali punca-punca tekanan: – Kurang Kemahiran – Kurang Ilmu – Kurang Komunikasi – Hubungan dengan orang atasan dan bawahan – Pengurusan Masa tidak cekap – Masalah keluarga/kewangan dll
 Ambil tindakan tertentu: – Menghadiri kursus – Dapatkan bantuan pakar
 – Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll
5. FAKTOR –FAKTOR STRESS
5.1 FAKTOR DALAMAN 
 Keinginan melakukan yang terbaik
 Terlalu ideal
 Tiada keyakinan diri
 Putus asa / rendah diri
 Kurang pengetahuan agama
 Terlalu menjaga kepentingan orang lain
 Desakan untuk mendapat pujian / penghargaan
 Kaki kerja (workholic)
 Gagal menguruskan masa
5.2 FAKTOR LUARAN
 Ketua / majikan
 Konflik Pasangan hidup (suami isteri)
 Konflik keluarga (anak bermasalah, penceraian ibubapa, dll)
 Pengaruh dan masalah dengan Rakan / sahabat / jiran
 Perubahan kerja yang terlalu kerap
 Penempatan yang terlalu lama di suatu tempat kerja
 Persekitaran dan kurang kemudahan/prasarana
 Tidak mendapat penghargaan
5.3 FAKTOR ISU SEMASA
 Kegawatan ekonomi dunia
 Malapetaka / musibah
 Jatuh sakit
 Perubahan politik
 Kehilangan orang yang disayangi / tempat bergantung
 Perubahan status / kedudukan
 Perpisahan dan perceraian
6. TINDAKAN PEMULIHAN TEKANAN
 Ubah rutin hidup
 Latih diri dengan situasi baru
 Bertenang, sabar, kawal, abaikan
 Latih berfikir secara positif (HusnudzOn)
 Redha dan menerima situasi
 Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan,ibubapa, suami isteri)
 Rehat, bercuti atau pindah
 Bersenam
 Sedar tahap keupayaan diri
 Seimbangkan aktiviti kehidupan
 Membuat perancangan yang teratur
 Pertingkatkan kemahiran / pengetahuan dalam pelbagai bidang
 Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
 Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
 Dapatkan nasihat pakar
7. PENAWAR ROHANI
 SOLAT
a. Hajat b. Taubat
Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)
 DOA – Doa mengelakkan lapan perkara:
1. Rasa sedih
2. Dukacita
3. Malas
4. Lemah
5. Penakut
6. Bakhil
7. Bebanan hutang
8. Gangguan Manusia
 ZIKIR – Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.
 BACA AL-QURAN – Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit
8. Apakah kesan buruk gejala stress?
>Kesepian dan menyendiri merupakan simptom susulan akibat stress. Jika tidak diatasi, kesan buruk yang lebih serius boleh berlaku seperti tekanan perasaan dan bunuh diri. Jadi, atasi stress segera dengan bertenang & berfikiran positif untuk kehidupan yang lebih sihat.
9. KESIMPULAN
>Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup. Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah dan redha menghadapi segala ujianNya.

SUMBER : http://cahayaislam.net/kartunislam/wallpaper/setiap-masalah-ada-penyelesaiannya/

Jumaat, 12 Julai 2013

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrahmaanirrahiim,

Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrahmaanirrohii
m, Allahumma sollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu allahu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain...

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan (beristiqamah wlaupun sdikit) bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati..


#copy&paste from blog love love islam

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN.


#copy&paste from blog love love islam